Berapakah MOQ/kuantiti minima untuk setiap pesanan produk?

MOQ adalah berbeza-beza untuk setiap produk. 

Kosmetik & Produk Penjagaan Kulit: 300 Unit

Supplement: 500 Kotak/ 2000 Sachet

Sila dapatkan khidmat konsultasi atau berhubung terus dengan kami untuk maklumat lebih lanjut.

Adakah kilang NM Cosmex menyediakan khidmat penuh dalam pendaftaran KKM dan pensijilan halal Jakim?

Ya. Kilang kami menyediakan khidmat penuh dalam pendaftaran KKM. 

Bagi memudahkan proses pendaftaran, pelanggan diminta menyediakan dokumen berikut:

  1. Sijil SSM Syarikat.
  2. Maklumat Perniagaan SSM.
  3. IC Pemilik Syarikat.
  4. Cop Rasmi Syarikat.
Adakah produk supplement memerlukan pendaftaran KKM/MAL?

Produk Supplement kami tidak memerlukan pendaftaran KKM/MAL kerana ia adalah di bawah kategori makanan tambahan dan bukannya kosmetik atau perubatan. 

Pelanggan hanya perlu membayar pengkelasan makanan (fakta nutrisi) dengan bayaran RM 450 + 10% SST.

Adakah produk dari Kilang NM Cosmex selamat digunakan dan bebas dari bahan berbahaya?

Kilang kami mengetengahkan bahan berasaskan tumbuhan semula jadi dan sangat teliti dalam pemilihan bahan mentah yang digunakan bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat.

Adakah kilang NM Cosmex mempunyai sistem pengurusan kawalan kualiti (QC) yang kukuh?

Ya. Setiap bahan mentah yang keluar masuk akan diperiksa terlebih dahulu kandungannya. Kami turut melakukan pemantauan yang kukuh setelah produk siap diproses bagi memastikan produk adalah stabil sebelum dihantar kepada pelanggan.

Apakah itu kawalan kualiti (QC)?

Kawalan kualiti (QC) adalah pemantauan yang dilakukan dalam kilang kami bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.

Bagaimanakah untuk saya mendapatkan konsultasi?

Bagi mendapatkan khidmat konsultasi, pelanggan boleh berurusan terus melalui whatsapp dan membuat temu janji sekiranya perlu.

Adakah saya perlu membayar untuk khidmat konsultasi?

Tidak. Khidmat konsultasi adalah percuma dimana pelanggan boleh berunding dengan kami bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk yang ingin dihasilkan.

Adakah saya perlu membuat temu janji sebelum datang ke kilang bagi urusan konsultasi?

Ya. Pelanggan disarankan untuk membuat temu janji terlebih dahulu sebelum datang bagi mendapatkan khidmat konsultasi.

Bolehkah NM Cosmex membantu dari segi penyelidikan kandungan dan perancangan produk?

Pihak kami bertanggung jawab sepenuhnya bermula dari merangka perancangan produk, pemilihan bahan mentah, sehinggalah ke proses pengilangan dan pengeluaran produk.

Adakah saya perlu membayar untuk ‘sample’ produk?

Ya. Proses R&D hanya akan dilakukan setelah pelanggan membayar untuk ‘sample’ produk. Harga ‘sample’ bermula  dari RM15 ke  RM150:

ProdukHarga
‘Lip Product’RM 15
‘Foundation’RM 30
‘Skincare’RM 50
‘Supplement’RM 150
Adakah formulasi produk sama dengan jenama yang lain?

Tidak. Seiring dengan slogan kami “Satu Jenama Satu Formula”, kami memastikan setiap pelanggan yang berurusan dengan kilang kami mempunyai formulasi produk mereka yang tersendiri.

Bolehkah saya memberi kandungan bahan tersendiri untuk diformulasi?

Pihak kami terbuka menerima cadangan untuk bahan formulasi, akan tetapi pakar penyelidikan kami akan menyemak terlebih dahulu kandungan bahan tersebut bagi memastikan ia selamat dan bersesuaian.

Adakah NM Cosmex menyediakan khidmat reka bentuk pembungkusan?

Ya. Kilang kami menawarkan khidmat konsultasi dimana reka bentuk pembungkusan akan dibincangkan dan dirancang sesuai dengan konsep dan kehendak pelanggan.

Bagaimanakah cara penghantaran produk dilakukan?

Setelah produk siap di kilangkan dan melalui proses kawalan kualiti. Produk akan dihantar terus menggunakan khidmat penghantaran dari kurier sedia ada.

Bagaimanakah cara pembayaran dilakukan?

Cara pembayaran boleh dilakukan terus secara atas talian mahupun tunai.