Mengenai Kami

NM COSMEX VENTURES telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan formulasi, menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit. Kami adalah pengilang kosmetik yang menawarkan produk dan formula tertentu bagi sesuatu kosmetik atau produk penjagaan kulit. Sehingga ke hari ini, kami telah mengeluarkan lebih 200 jenis produk di pasaran dalam dan luar negara.

‘Menghasilkan Jenama Berinovatif’ adalah visi kami dan kami menawarkan formulasi yang tersendiri bagi setiap jenama. Kami sentiasa komited untuk terus berjuang di dalam persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif.

NM COSMEX VENTURES akan menjadi pengubah trend perniagaan di Malaysia dengan melahirkan usahawan yang kreatif dan berjaya. Kami berusaha menyediakan penyelesaian unik yang akan meningkatkan daya saing pelanggan kami.

NM COSMEX VENTURES dimiliki oleh usahawan Muslim, menitik beratkan bahan yang halal dan sangat teliti dalam memilih sumber bahan mentah yang digunakan.

Visi

  • Menghasilkan jenama berinovatif.
  • Bina Kosmetik Jenama Anda Sendiri.
  • Satu jenama, satu formula.

Misi

  • Berkongsi maklumat industri kecantikan dengan para pelanggan.
  • Memastikan setiap usaha perniagaan baharu berjaya dan berterusan.
  • Meningkatkan pembangunan ekonomi negara.

Kami pakar formulasi produk dengan gabungan R&D chemist dari luar negara. Misi kilang kami ialah setiap pengasas ada formulasi khas mereka sendiri bukan ‘rebrand’ produk tetapi jenama sahaja yang berlainan.
icons8-test-tube-100
0 +
Jenis Formula
icons8-microscope-100
0 +
Pakar Formulasi
icons8-customer-100
0 +
Pelanggan
icons8-rating-100
0 %+
Tahap Kepuasan

Peralatan & Mesin Kami